Projek Usratuna Kanser: Yazid Breffa (Fasa 2)

"BANTU YAZID @ BREFFA DARI DIPOTONG LIDAH"
“I sedih… Lidah ini asbab anugerah Allah bagi I untuk cari makan.. I tak nak kena potong”
Begitulah luahan hati Mohd.Yazid atau lebih dikenali dalam kalangan sahabatnya sebagai Breffa kepada sukarelawan JIWA.
TRAGEDI KANSER LIDAH
Sejak 5 Julai 2024 yang lalu, Breffa mengalami luka ulser di bahagian lidah yang pada mulanya dianggap sebagai ulser biasa. Setiap kali bangun daripada tidur, beliau melihat ada kesan darah pada bantalnya dan kejadian ini berlaku dengan kerap sekali. Pada mulanya, beliau beranggap lidahnya hanya terluka kerana tergigit sewaktu tidur.
Namun begitu, luka ulser tersebut tidak sembuh sehingga berbulan-bulan lamanya sehingga ia mula membentuk menjadi satu benjolan kecil di lidah Breffa pada 1 Nov 2024. Hari demi hari, benjolan kecil di lidah beliau menjadi semakin besar dan menyakitkan.
Keadaan ini menyukarkan Breffa untuk makan dan bertutur seperti biasa. Bimbang akan kejadian tersebut, beliau mula mendapatkan pemeriksaan lanjut daripada doktor gigi. Melihat simptom-simptom kanser pada lidah Breffa, doktor telah merujuk beliau untuk pemeriksaan CT Scan dan mengambil sampel sel di lidah untuk ujian makmal.
Hati siapa tidak remuk dan hancur berkecai, apabila akhirnya keputusan ujian mengesahkan bahawa
Breffa menghidapi kanser tahap 2 pada 25 November 2024 yang lalu
. Mengenali perwatakan Breffa Yazid yang sentiasa ceria dan peramah, kali ini beliau tidak lagi mampu menyorokkan segala kesedihan di hati tetapi tetap tabah menerima berita penyakit
kanser lidah yang juga dilabel sebagai
“terminal illness”
.
Beliau berisiko tinggi untuk dipotong lidah sama ada sebahagian lidah atau sepenuhnya jika sel kanser semakin membengkak dan tidak dirawat segera.
BANGKIT MELAWAN REALITI
Tanpa berputus asa melawan penyakit kanser lidah, Breffa diperkenalkan dengan rawatan HyBRIT oleh doktor pakar di USM Bertam, Pulau Pinang. Rawatan HyBRIT ini satu-satunya teknologi di Malaysia untuk rawatan kanser lidah dimana ia boleh mengelakkan lidah daripada dipotong.
Universiti Sains Malaysia (USM) telah berjaya membangunkan teknik rawatan baru yang dikenali sebagai HyBIRT, yang memberi harapan baru kepada pesakit kanser lidah. Teknik ini adalah satu inovasi yang membolehkan kanser lidah dirawat tanpa memerlukan pembedahan atau pemotongan bahagian yang dijangkiti. HyBIRT berpotensi untuk menyembuhkan kanser lidah dengan cara yang lebih kurang invasif dan memberikan peluang untuk pemulihan yang lebih baik.
Bekerja sebagai Pegawai Pemasaran di syarikat Umrah dan Pelancongan, anggota lidah menjadi satu asbab sumber rezeki untuk Breffa meneruskan kelangsungan hidup beliau. Hari demi hari, lidah Breffa telah membengkak dan pertuturan beliau menjadi semakin pelat dan sukar difahami.
Oleh itu, rawatan alternatif HyBRIT adalah satu-satunya harapan untuk Breffa mampu pulih daripada kanser lidah, diselamatkan daripada lidah dipotong dan kembali meneruskan kerjaya beliau seperti biasa. InshaAllah.
APA YANG AKAN BERLAKU JIKA KITA TIDAK BANTU?
Kanser di lidah beliau kini telah semakin membesar dan didiagnosis pada
tahap 4
daripada tahap 2 dalam masa beberapa minggu sahaja. Ia juga berisiko tinggi untuk meragut nyawa. Tindakan anda untuk membantu hari ini walaupun RM30 mampu memberi sinar harapan dan mengubah hidup Breffa untuk kembali sihat dan ceria.
RM150,000 Dana Kecemasan Diperlukan Segera bagi meneruskan rawatan dan pemulihan.
Situasi terkini, sel kanser tahap 4 telah dihentikan pembesarannya tetapi tidak bermakna sel itu mati; kami sedang berusaha untuk mengumpul dana sekurang-kurangnya RM60,000 (Fasa 2) untuk rawatan lanjutan radioterapi dan kimoterapi juga kelangsungan hidup seperti ubatan juga makanan khas. Breffa selepas ini tiada lagi kelanjar air liur da deria rasa seumur hidup.
APA YANG AKAN DIBELANJAKAN MENERUSI DANA ANDA?
- Kos rawatan HyBRIT
- Rawatan lanjutan Radioterapi dan Kemoterapi
- Bekalan asas perubatan dan penjagaan
- Bil Penempatan & Perjalanan ke USM Penang
- Makanan asas dan makanan khas untuk pesakit
Kami mohon ihsan anda untuk sama-sama berkongsi keprihatinan terhadap saudara Breffa demi sinar harapan untuk kembali meneruskan kerjaya dan kehidupannya seperti sediakala.
Kami mensasarkan berbaki RM60,000 untuk fasa kedua bagi membolehkan Breffa memulakan rawatan HyBRIT fasa 2 dalam kadar yang segera dalam masa 1 minggu.
Hanya ada 7 hari sahaja untuk kami mencukupkan dana RM90,000 bagi fasa pertama ini. Semoga Allah mempermudahkan usaha kita bersama demi bantu Breffa.
Sekiranya anda ingin membuat sumbangan seikhlas hati secara manual, boleh dibuat terus ke akaun seperti dibawah dan Whatsapp slip sumbangan anda:
- Nama Akaun: Pertubuhan Jiwa Amal Malaysia
- No AmBank : 8881 0591 36636
- Ref: BREFFA
- Email : donate@jiwaamal.org.my
- Tel Wakil JIWA: +6017-6508644 (Nurain)
Mohon doakan kesembuhan segera buat sahabat kita, Mohd. Yazid
رَبِّ أَنِّى مَسَّنِيَ الضُّرُّ وَأَنْتَ أَرْحَمُ الرَّاحِمِيْنَ
Robbi annii massaniyadh dhurru wa anta arhamar roohimiin
Maksudnya: “(Ya Tuhanku), sungguh, aku telah ditimpa penyakit, padahal Engkau Tuhan Yang Maha Penyayang dari semua yang penyayang.” (Surah An-Anbiya, ayat 83).
SASARAN DANA YANG DIPERLUKAN RM150,000
1 Tajaan :RM30, RM50, RM100, RM150 , RM200 atau seikhlas hati
Kami yakin dengan kebaikan yang dikongsikan oleh anda bakal merubah bukan sahaja kehidupan penerima manfaat malahan kehidupan anda dan keluarga sekali. Bersama kami anda jadi #HebatAmalHebatJiwa pastinya nantikan khabar gembira dari Ilahi.
JADIKAN DIRI ANDA HEBAT AMAL HEBAT JIWA
Info lanjut di media sosial kami: @ngo.jiwaamal