Projek Jiwa Qurban Kemboja 2024

Projek Jiwa Qurban Kemboja 2024


QURBAN LEBIH BERMAKNA, PAHALA BERLIPAT GANDA

Sempena Hari Raya Aidil Adha yang akan datang, marilah kita bersama-sama meneruskan tradisi ibadah qurban. Qurban adalah amalan mulia yang melambangkan keikhlasan dan pengorbanan Nabi Ibrahim AS. Melalui qurban, kita bukan sahaja mendapat pahala dan ganjaran daripada Allah SWT, malah turut berkongsi rezeki dengan masyarakat yang memerlukan.

Masyarakat muslim di Kemboja, adalah golongan minoroti dan kebanyakan mereka adalah keluarga asnaf yang hidup kais pagi makan pagi. Hidup berkebun dan bekerja buruh tidak selalunya mendatangkan juadah mewah sepergi daging lembu untuk keluarga. Dengan menyertai qurban bersama JIWA, kita dapat membawa keceriaan Aidil Adha mereka.

MENGAPA QURBAN DENGAN JIWA?

Sebagai organisasi NGO yang menguruskan qurban sejak 2018, kami menawarkan proses pelaksanaan qurban yang mudah, beretika, dan mengikut syariah.

Biar gambar berbicara, ini adalah bantuan qurban yang telah dimanfaatkan oleh 300 buah keluarga di Sway Bakav, Kemboja.

Menarik kali ini anda juga berpeluang untuk sedekah daging RM30, dan sekiranya ingin membeli sebahagian daging untuk diletakkan penama hanya RM450, dan seekor adalah RM3,150

SEDEKAH DAGING : RM30

IBADAH QURBAN : RM450/BAHAGIAN | RM3150/EKOR


Antara kelebihan menyertai qurban bersama kami:

  • Proses telus dan profesional: Kami memastikan setiap langkah qurban dijalankan dengan telus dan mengikut garis panduan Islam. Anda boleh menyemak gambar dan video haiwan qurban serta proses penyembelihan di laman web kami.

  • Haiwan ternakan terbaik: Kami bekerjasama dengan penternak-penternak asnaf yang berpengalaman untuk mendapatkan haiwan qurban yang sihat, cukup syarat, dan berkualiti tinggi.

  • Membantu ekonomi asnaf: Lembu-lembu yang dibeli adalah daripada ternakan asnaf, secara tidak langsung anda telah membantu ekonomi perniagaan mereka dan dapat meneruskan kelangsungan hidup.

​​​​​​​

  • Agihan ke kawasan memerlukan: Daging qurban akan diagihkan kepada golongan asnaf, fakir miskin, dan mereka yang memerlukan di kawasan-kawasan terpilih.

​​​​​​​

JOM BERPAKAT DENGAR KELUARGA & KAWAN2

Melaksanakan ibadah qurban bersama kami kini mudah dan boleh dilakukan secara online! Berikut adalah langkah mudah untuk membuat tempahan qurban anda:

  1. Mesej team kami (Syed - 60193770361 | Cik Ain - 60176508644)
  2. Pilih pakej qurban yang sesuai dengan bajet anda, samaada ansuran atau bayaran penuh.
  3. Isi borang tempahan melalu WhatsApp dengan lengkap dan maklumat yang tepat.
  4. Pilih kaedah pembayaran yang diinginkan.
  5. Setelah selesai membuat pembayaran, anda akan pengesahan tempahan.
  6. Selebihnya, kami akan kemaskini maklumat proses pengurusan qurban dari masa ke semasa.

SEDEKAH DAGING : RM30

IBADAH QURBAN : RM450/BAHAGIAN | RM3150/EKOR

SERTAI QURBAN SEKARANG!

ANDA DAPAT PAHALA MEREKA DAPAT KENYANG

MESEJ TEAM JIWA SEKARANG!



Sekiranya anda ingin membuat bayaran secara manual, boleh dibuat terus ke akaun seperti dibawah dan Whatsapp slip sumbangan anda:


  • Nama Akaun: Pertubuhan Jiwa Amal Malaysia
  • Nama Bank  : Ambank Islamic Berhad - (8881 0591 36636
  • Ref 1: QURBAN - (NAMA) Ref 2:  (no.telefon)
  • Email : donate@jiwaamal.org.my
  • Hubungi / WhatsApp: 019-3770361 (Syed) | 017-6508644 (Ain) (Wajib Mesej)


Kami yakin dengan kebaikan yang dikongsikan oleh anda bakal merubah bukan sahaja kehidupan penerima manfaat malahan kehidupan anda dan keluarga sekali. Bersama kami anda jadi #HebatAmalHebatJiwa pastinya nantikan khabar gembira dari Ilahi.


JADIKAN DIRI ANDA HEBAT AMAL HEBAT JIWA


  Info lanjut di media sosial kami: @ngo.jiwaamal


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

BUTIRAN PEMBELIAN

Produk Kuantiti Harga (RM)
Qurban Lembu - RM450 / 1 bahagian
Sedekah Daging Asnaf - RM30 / tajaan
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PELANGGAN

BUTIRAN PEMBAYARAN


PENGESAHAN