Tabung Jiwa Jumaat 2024

"SPECIALNYA SEDEKAH PADA HARI JUMAAT"
Salam Jumaat hari yang penuh dengan keberkahan & rahmat,
Rasulullah SAW bersabda:
“Sebaik-baik hari yang terbit matahari padanya ialah hari Jumaat. Pada hari tersebut diciptakan Nabi Adam AS, dia dimasukkan ke dalam syurga dan dia dikeluarkan daripadanya. Dan pada hari tersebut, terdapat satu waktu yang mana jika seseorang Muslim berdiri mendirikan solat dan berdoa kepada ALLAH SWT akan sesuatu hajatnya, nescaya ALLAH SWT akan memberi apa yang dihajatkannya tersebut.” - (Riwayat al-Bukhari)
Jumaat merupakan hari mustajabnya berdoa dan dihapuskan dosa.
Abu Hurairah RA berkata: 'Seorang lelaki datang kepada Nabi Muhammad SAW dan berkata:
‘Wahai Rasulullah, sedekah apakah yang paling besar pahalanya.’
Baginda SAW menjawab:
“Kamu bersedekah ketika kamu dalam keadaan sihat dan kikir, takut menjadi fakir dan berangan-angan jadi orang kaya. Maka, janganlah kamu menundanya hingga tiba nyawamu berada di halkum. Lalu kamu berkata, yang ini milik si polan dan yang itu milik si polan. Padahal harta itu sudah menjadi milik si polan (ahli warisnya).” (Riwayat al-Bukhari)
Projek-projek yang disusun akan dijalankan di dalam dan di luar negara.
RUMUSAN TENTANG NGO JIWA
SIAPA YANG KAMI BANTU?
JIWA juga terlibat dalam penyatuan sinergi dengan masyarakat setempat, rakan kerjasama dan penaja tanpa mengira latar belakang politik, bangsa dan agama. Di mana sasaran penerima manfaat JIWA adalah seperti berikut :
Golongan B40 | Asnaf | OKU | Orang Asli | Fakir Miskin | Pelarian | Belia
JENIS BANTUAN KAMI SALURKAN :
KAMI PERLUKAN SOKONGAN ANDA UNTUK TERUS MENGGERAKKAN PROJEK KEBAJIKAN & KEMANUSIAAN :
JIWA sangat berbesar hati jika anda semua sudi menghulurkan sumbangan bersama demi dapat meringankan beban dan berkongsi kebahagiaan walau sedikit dengan golongan yang memerlukan ini.
Sasaran dana yang diperlukan setiap bulan : RM5,000
1 Tajaan : RM1, RM5,RM10,RM30, RM50 , RM100 atau seikhlas hati
1 Tajaan : RM10,RM30, RM50 , RM100 atau seikhlas hati
Anda boleh menghulurkan sumbangan secara online dengan mengisi borang dibawah dan pilih pembayaran secara perbankan atas talian Toyyibpay.
Sekiranya anda ingin membuat sumbangan seikhlas hati secara manual, boleh dibuat terus ke akaun seperti dibawah dan Whatsapp slip sumbangan anda:
- Nama Akaun: Pertubuhan Jiwa Amal Malaysia
- Nama Bank : Maybank Islamic Berhad - (5645 4817 5664)
- Ref: JIWA JUMAAT
- Email : donate@jiwaamal.org.my
- Hubungi / WhatsApp: 019-3770361 (Syed)
Kami yakin dengan kebaikan yang dikongsikan oleh anda bakal merubah bukan sahaja kehidupan penerima manfaat malahan kehidupan anda dan keluarga sekali. Bersama kami anda jadi #HebatAmalHebatJiwa pastinya nantikan khabar gembira dari Ilahi.
JADIKAN DIRI ANDA HEBAT AMAL HEBAT JIWA
Info lanjut di media sosial kami: @ngo.jiwaamal